Skip to content

Date Release: 2/8/2023

Mengandung boy, lahir keluar girl? 

 

Rata-rata ibu mengandung yang mengadu, bila scan nampak boy, tapi bila lahir keluar girl, atau sebaliknya 

Yang scan nampak girl, beli baju pink semuanya. Alih-alih baby boy yang pakai pink. Ada ke mommies yang pernah alami? 

 

Ada beberapa punca:

 

Mesin  

Mesin Sono Ultrasound yang canggih akan menghasilkan gambar yang jelas 

 

Operator (doktor atau sonographer)

Sonographer yang berpengalaman memainkan peranan penting untuk mendapatkan angle yang sesuai  

 

Jenis scan

Setiap scan adalah berbeza dari pelbagai segi.

 

  • 2D scan : Scan 2D Sono Ultrasound ialah imej hitam putih atau B-mode Ultrasound. Full Detail Scan, Growth scan, 2D partial detail scan menggunakan Sono Ultrasound 2D bagi melihat organ dalaman baby. Jantina bayi dapat dilihat (mengikut usi kandungan) 
  • 3D scan : Sono Ultrasound 3D lebih jelas berbanding 2D scan. Sono Ultrasound 3D adalah lebih kepada melihat wajah,jantina dan gambaran luaran bayi. Tapi ini bergantung kepada posisi bayi dan usia kandungan juga. 
  • 4D scan : adalah dalam bentuk video dari imej Sono Ultrasound 3D scan.  
  • 5D scan : Sono Ultrasound 5D scan lebih cantik, jelas dan kelihatan realistik 

Lebih info tentang 2D 3D 4D 5D Sono Ultrasound

 

Posisi bayi 

Untuk melihat jantina bayi, bergantung pada posisi bayi semasa Sono Ultrasound dijalankan. Kadang-kala bayi cenderung untuk kepit kaki. Biasanya Sonographer akan cuba untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas 

 

Usia kandungan 

Usia kandungan yang terlalu kecil adalah sukar untuk melihat jantina bayi. Ketepatannya adalah kurang. Usia kandungan yang hampir (38-40minggu keatas) kadangkala juga agak sukar kerana bayi agak padat didalam rahim. 

 
Translate »