Date Release: 5/9/2023
Schizencephaly pada otak janin
Schizencephaly adalah kecacatan kelahiran yang menyebabkan jurang dan jarak yang tidak teratur. Ia dipanggil clefts, di dalam bahagian otak.
Schizencephaly memberi kesan kepada hemisfera serebrum, yang merupakan bahagian terbesar otak dan fungsinya ialah ia bertanggungjawab untuk mengawal pergerakan,bahasa, pemikiran, emosi, ingatan, pendengaran dan penglihatan.
Schizencephaly adalah keadaan jarang sekali berlaku. Kesannya mungkin ringan atau teruk dan biasanya kesannya muncul pada awal kehidupan, dan sesetengahnya mungkin didiagnosis setelah dewasa.
Punca sebenar Schizencephaly ini tidak diketahui dan kemungkinan berlakunya perubahan genetik mungkin menjadi salah satu puncanya.
Punca lain berlakunya Schizencephaly ialah :
- Berlakunya jangkitan sewaktu kehamilan seperti virus Zika
- Penggunaan dadah dan alkohol semasa hamil
- Gangguan metabolic
- Kecederaan akibat amniocentesis
Sekitar usia 8 minggu kehamilan, sel-sel otak janin mula bergerak dan membentuk kawasan otak yang berbeza. Sekiranya janin itu diserang strok pada masa ini, kerosakan pada saluran darah boleh menyebabkan masalah dengan sel dan pertumbuhan, yang membawa kepada kecacatan kelahiran ini iaitu Schizencephaly.
Tiga Tahap Schizencephaly:
- Tahap 1
Ia juga dipanggil trans-mantle schizencephaly. Tahap 1 ini mencipta clefts yang memanjang dari satu bahagian otak ke bahagian lain. Ia mengandungi bahan kelabu tetapi tiada cecair.
- Tahap 2
Tahap 2 ini juga dipanggil close-lip schizencephaly dan berlaku apabila rabung bersebelahan antara satu sama lain. Ini bermakna clefts itu bersatu dan bendalir tidak keluar dari kawasan itu.
- Tahap 3
Ia dipanggil open lip-schizencephaly, jenis ini menyebabkan clefts di mana rabung dipisahkan. Clefts ini mempunyai cecair dan kelabu.
Kesan Schizencephaly pada penghidap bergantung kepada Tahap yang dialami dan seberapa teruk bahagian Otak yang terlibat.
Secara umumnya kesan Schizencephaly ialah :
– Sawan
– Hydrocephalus
– Lumpuh
– Kecacatan intelek
– Sesetengah orang dengan schizencephaly juga mempunyai kepala kecil yang dipanggil microcephaly.
Rawatan pada penghidap Schizencephaly ialah ubat anti-sawan. Jika terlalu banyak cecair terkumpul, Tiub mungkin akan dimasukkan (ia dipanggil shunt) untuk membantu memindahkan cecair ke bahagian lain badan dan mengekalkan tekanan pada otak.
Rawatan lain buat penghidap Schizencephaly termasuk:
- Terapi untuk melakukan penjagaan diri dan kemahiran hidup harian
- Terapi fizikal untuk membantu membina otot dan memperbaiki masalah pada pergerakan.
- Terapi pertuturan untuk membantu kemahiran bahasa
Secara klinikal, Schizencephaly adalah diagnosis yang jarang berlaku dalam perubatan prenatal. Kebanyakan kes schizencephaly didiagnosis selepas 28 minggu kehamilan.