Date Release: 6/9/2023
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗯𝘂 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗹 𝗕𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮?
Bulan Ramadhan yang bakal tiba pasti akan menimbulkan tanda tanya buat Ibu-Ibu hamil samada mereka mampu berpuasa atau tidak.
Jom periksa golongan Ibu hamil yang tidak digalakkan untuk berpuasa.
Ibu-Ibu hamil yang tidak digalakkan berpuasa ialah :
- Ibu yang ada GDM
- Ibu yang mengalami alahan teruk seperti muntah-muntah. Kerana, Ibu cenderung untuk mengalami dehidrasi
- Ibu hamil yang mengalami masalah darah beku (Thrombosis)
- Ibu hamil yang tidak sihat, demam
- Sekiranya berlaku pendarahan
- Hamil kembar
- Bayi yang dikandung mempunyai masalah IUGR
- Kandungan atau Ibu mempunyai masalah lain yang boleh membahayakan kandungan
Ibu hamil digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor berkaitan kesihatan diri dan kandungan masing-masing dan dapatkan cadangan pakar samada Ibu selamat untuk berpuasa.
Tips berpuasa buat Ibu hamil:
- Jangan tinggalkan waktu bersahur
- Elakkan minum minuman manis dan berkaffein kerana ia hanya membuatkan Ibu merasa dahaga
- Pastikan Ibu minum air mencukupi semasa sahur dan berbuka
- Makan makanan seimbang dan makanan berprotein tinggi.
Sentiasa peka dan perhatikan pergerakan bayi dalam kandungan semasa Ibu berpuasa. Segera lakukan pemeriksaan sekiranya pergerakan bayi masih kurang selepas berbuka puasa.