Skip to content

Date Release: 17/7/2023

 

SPINA BIFIDA

 

Spina Bifida | Texas Children's Hospital

 

Spina Bifida ialah kecacatan tiub neural yang menyebabkan kecacatan saraf tunjang pada bayi. 

 

Spina Bifida terjadi seawal bulan pertama kandungan lagi. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan saraf tunjang terdedah. 

 

Kes seperti ini dapat dikesan semasa sesi Sono Ultrasound dan kes akan dirujuk kepada pakar dan ujian MRI serta Alpha foeto protein (AFP)  

 

Tiga jenis Spina Bifida :  

1️ Meningocoele – Sebahagian dari lapisan luar saraf tunjang terjulur keluar dan saraf tunjang adalah sempurna 

 

2️ Spina bifida Occulta –

Sebahagian kecil tulang tidak bercantum. Saraf tunjang yang normal dan lapisan kulit yang menutupinya juga normal. Terdapat perubahan warna kulit yang berbeza dan tompokan rambut di bahagian belakang. 

 

3️ Meningomyelocoele –

Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang. Saiz kepala yang besar  

 

Punca Spina Bifida : 

1️ Kekurangan Folate – Folic Acid 

2️ Ibu yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal 

3️ Obesiti 

4️ Faktor genetik dan persekitaran 

 

Terdapat beberapa risiko Spina Bifida pada bayi. Iaitu bagi kes spina bifida yang mild, ia tidak menunjukkan sebarang tanda, sekiranya kecacatan teruk yang melibatkan saraf tunjang, bayi mungkin tidak dapat hidup lama atau lumpuh seluruh badan.  

 

Bayi yang mengalami Spina Bifida perlukan rawatan dan rehabilitasi. Pembedahan juga akan dilakukan dimana saraf tunjang dan meninges akan dimasukkan dengan berhati-hati. Setiap rawatan mungkin berbeza bagi jenis-jenis Spina Bifida yang berbeza 

 

Kebanyakan kes Spina Bifida berkait rapat dengan Hydrocephalus (Pengumpulan cecair di otak). 

 

[INFO] Kumpulan Sokongan : Spina Bifida Association Malaysia (SIBIAM) 

 

Persatuan Spina Bifida Malaysia (SIBIAM) telah ditubuhkan pada 2007 sebagai pertubuhan untuk menjaga kepentingan kanak-kanak dan orang dewasa dengan Spina Bifida dan gangguan yang berkaitan dengannya. 

 

SIBIAM juga membantu mereka yang mengalami Spina Bifida merealisasikan kehidupan yang bermakna dan berdikari sebagai ahli komuniti melalui projek dan program, antaranya : 

 

Membina pusat sumber 

Mewujudkan kesedaran dan kempen pencegahan Spina Bifida 

Perkhidmatan terapi dan kaunseling 

Perpustakaan peralatan seperti (kerusi roda, bingkai berdiri, ortotik dll) 

Subsidi untuk kateter, beg kateter, lampin 

Bengkel bimbingan Pendidikan & Kerjaya  

 

(Sumber berkenaan SIBIAM dari https://www.facebook.com/spinabifidamalaysia/) 

Translate »