Skip to content

Date Release: 26/7/2023

 

Sumbing bibir dan lelangit 

 

Antara langkah awal untuk mengesan kelainan pada bayi dalam kandungan adalah salah satunya dengan melakukan Sono Ultrasound – Details Scan menggunakan 2D scan.  

 

Kelainan yang dapat dikesan menggunakan Sono Ultrasound antaranya struktur otak, kepala, jantung, paru-paru dan perut serta anggota lain seperti kaki dan tangan 

 

Barulah rujukan dapat dibuat kepada pakar bagi merancang rawatan susulan 

 

Kecacatan pada bibir atau bibir sumbing adalah kerap ditemui. Sekiranya terdapat kecacatan bibir sumbing dikesan melalui Sono Ultrasound, imbasan Sono Ultrasound secara menyeluruh adalah perlu untuk mengesan jika berlaku kecacatan lain pada bayi 

 

Sumbing pada lelangit dan mulut terjadi kerana mulut bayi tidak terbentuk dengan sempurna didalam rahim semasa pembentukan janin seawal 4-8 minggu. 

 

Jenis bibir sumbing 

  • Cleft lip (sumbing bibir atas) : bibir tidak tutup sepenuhnya. Ia boleh berlaku disebelah kanan, kiri atau kedua-duanya. 

 

  • Cleft palate (sumbing lelangit) : Ialah sumbing yang berlaku dibahagian lelangit sehingga bercantum ke sumbing bibir 

 

Punca bayi lahir sumbing: 

Tiada punca spesifik dapat dikenal pasti 

Genetik : Jika terdapat ahli keluarga yang alami bibir sumbing. 

Obesiti 

– Diabetes 

Merokok & minum alkohol  

Asid Valproik : Ialah ubat sawan/epilepsy yang digunakan pada trimester pertama kehamilan adalah berisiko tinggi untuk dapat bayi yang sumbing 

 

Masalah yang akan dihadapi jika rawatan tidak dilakukan: 

  • Jangkitan telinga 
  • Kesukaran untuk makan & bertutur 
  • Masalah gigi 

 

Asid Folik adalah penting untuk diambil sebelum hamil bagi pertumbuhan bayi. 

 

Pastikan ibu jalani Sono Ultrasound – details scan, 2D 3D 4D 5D bagi memeriksa keadaan bayi dalam kandungan. 

 

Bagi masalah cleft lelangit (submucous) kadang kala ia tidak dapat dikesan kerana struktur lelangit kelihatan sempurna. Biasanya yang mengalami jenis ini, suaranya sedikit sengau dan tidak sempurna. 

 

[INFO] Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAMPAM) adalah organisasi atau badan sokongan bukan kerajaan yang berdaftar dan diiktiraf kerajaan Malaysia.  

 

CLAMPAM membantu warga klef (cleft) dan bekerjasama dengan hospital dan pakar bagi menyampaikan info yang tepat mengenai cleft (dari segi penjagaan dan rawatan). 

 

CLAMPAM : 

  • Memberi sokongan kepada ibu bapa/ individu yang mengalami bibir sumbing dan lelangit 
  • Memberi sokongan dan nasihat mengenai masalah dan cara pengurusan kes bibir sumbing dan lelangit 
  • Berkongsi maklumat penting bagi membolehkan ibubaa/individu untuk membuat keputusan  
  • Bertindak sebagai penghubung tidak rasmi antara ibu bapa dan pegawai kesihatan 
  • Menggalakkan aktiviti dan kajian mengenai cleft 
  • Memberi kesedaran melalui ceramah dan forum, dan menyebarkan risalah dan brochure mengenai cleft 
Translate »