Date Release: 24/8/2023
𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮–𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗶𝗻
Proses melahirkan anak adalah berbeza bagi setiap wanita dan pengalaman melahirkan juga berbeza mengikut individu.
Sesetengah wanita ada yang mengalami gejala sejak 2-3 minggu sebelum berlakunya kelahiran dan ada juga wanita yang mengalami tanda-tanda diikuti kelahiran bayi dengan pantas.
Jom kita tengok tanda-tanda bersalin secara umum :
1. Kepala bayi telah ‘turun‘
Sewaktu di minggu akhir kehamilan, pemeriksaan Sono Ultrasound, akan diperiksa kedudukan bayi, adakah kepala telah ‘turun‘ di ruangan pelvis.
2. Mucus plug
Ia berwarna putih susu dan likat (seperti gam). Ia hadir bersama lendiran darah. Ia dipanggil ‘show’ atau ‘keluar tanda‘. Keluar tanda ini bermakna pangkal rahim mula menipis sebagai persediaan untuk melahirkan. Sekiranya anda telah ‘turun tanda‘ disertai dengan Sakit contraction, segeralah ke hospital supaya pemeriksaan dapat dilakukan.
3. Contraction
Ibu harus dapat membezakan antara tanda-tanda Braxton Hicks atau tanda-tanda untuk bersalin. Braxton Hicks adalah contraction palsu dan sela masa yang tidak seragam. Biasanya Braxton Hicks ini tidak disertai dengan rasa sakit. Sebaik saja Ibu merasai sakit contraction, catat sela masa supaya Ibu boleh membezakan contraction bersalin. Semakin dekat sela masa contraction, semakin dekat masa untuk bayi dilahirkan.
4. Pecah air ketuban
Selaput kantung bayi yang pecah akan membuatkan air ketuban turun dengan banyak. Ibu-ibu jangan panik ya. Air ketuban dan air kencing berbeza ya mommies. Air ketuban yang keluar tidak dapat ditahan. Dan biasanya ia berwarna putih. Periksa warna air ketuban yang keluar kerana air ketuban yang berwarna hijau petanda bayi telah membuang air besar.
Sekiranya terdapat tanda-tanda diatas, segeralah berjumpa dengan doktor dan lakukan pemeriksaan dengan segera.