Skip to content

Date Release: 11/9/2023

𝗧𝗲𝘁𝗿𝗮𝗹𝗼𝗴𝘆 𝗼𝗳 𝗙𝗮𝗹𝗹𝗼𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗼𝘄𝗻 𝗦𝘆𝗻𝗱𝗿𝗼𝗺𝗲 

 

 Tetralogy of Fallot | American Heart Association

 

Tetralogy of Fallot ialah gabungan empat kecacatan jantung kongenital. Empat kecacatan tersebut ialah ventricular septal defect (VSD), pulmonary stenosis, misplaced aorta dan penebalan dinding ventrikel kanan (right ventricular hypertrophy). 

 

Kecacatan Tetralogy of Fallot mejnjejaskan struktur jantung dan menyebabkan darah yang kurang oksigen mengalir keluar dari jantung ke seluruh badan.  

 

Semasa lahir, bayi mungkin tidak menunjukkan tanda tetapi kemudiannya bayi mungkin mengalami episod kulit kebiruan apabila menangis atau menyusu yang dipanggil “Tet Spells”. Kerana darah mereka tidak membawa oksigen yang mencukupi. 

 

Tetralogy of Fallot dikenalpasti apabila melakukan detailed scan Sono Ultrasound. Kadangkala, bergantung kepada berapa parah kecacatan dan gejala, Tetralogy of Fallot tidak dikesan sehingga dewasa. 

 

Terdapat beberapa perkara yang mungkin meningkatkan risiko bayi dilahirkan dengan TOF ini : 

  • Ibu dijangkiti dengan virus semasa hamil seperti rubella 
  • Faktor nutrisi pemakanan  
  • Pengambilan alkohol semasa hamil 
  • Ibu hamil berumur lebih dari 40 tahun 
  • Ibu/Bapa yang mengalami Tetralogy of Fallot  
  • Kehadiran Syndrome Down/ DiGeorge Syndrome pada bayi  

 

Sekiranya kandungan dikesan mengalami masalah Tetralogy of Fallot, pemeriksaan terperinci harus dilakukan kerana Tetralogy of Fallot kadangkala hadir bersama ciri-ciri Down Syndrome. 

 

Pentingnya untuk menjalani pemeriksaan Sono Ultrasound yang terperinci agar rancangan rawatan selepas kelahiran dan semasa kelahiran dapat membuat persediaan rapi untuk mengelakkan sebarang risiko 

 

Komplikasi buat penghidap Tetralogy of Fallot ialah: 

  • Tumbesaran dan perkembangan yang lambat 
  • Arrhythmias – masalah pada degupan jantung tidak teratur  
  • Kematian akibat serangan jantung, walaupun selepas melakukan pembedahan 
  • Berlakunya sawan semasa tidak cukup oksigen 
Translate »