Skip to content

Date Release: 25/8/2023

 

Thrombophilia Punca Keguguran 

 

Apa tu THROMBOPHILIA? 

Ia adalah keadaan dimana proses pembekuan darah menjadi mudah membeku. Maka, terjadinya gumpalan darah (thrombosis) pada pembuluh darah 

 

THROMBOPHILIA adalah penyakit genetik yang diwarisi dan ia menyebabkan keguguran berulang pada Ibu hamil 

 

Ia boleh menyebabkan saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrien pada bayi tersumbat 

 

Sekiranya saluran darah tersumbat, akan berlaku gangguan pada perkembangan janin. 

 

Risiko Thrombophilia pada Ibu hamil ialah : 

  • Preeclampsia 
  • Platelet darah rendah 
  • IUGR – pertumbuhan bayi yang terbantut 
  • Kematian janin 
  • Thrombosis 

 

Thrombophilia tidak boleh sembuh atau hilang dengan sendiri 

 

Risiko Thrombosis meningkat sebanyak 6x sewaktu hamil. 

 

Rawatan Thrombophilia : 

  • Heparin Dan Clexane : Ubat cairkan darah akan diberikan ketika mengandung 
  • Memakai stokin TED bagi mengelakkan darah beku berlaku. 

 

Thrombophilia dapat didiagnosis dengan 

  • Ujian darah 
  • Ujian akan dilakukan selepas Ibu hamil mengalami thrombosis  
  • Saringan tentang sejarah keluarga yang mengalami Thrombophilia 
  • Berlaku kelahiran dimana bayi mengalami masalah perkembangan terbantut (IUGR) 
  • Darah Tinggi (Preeclampsia) 
  • Keguguran berulang 

 

Ibu hamil yang didiagnos dengan Thrombophilia perlukan pemerhatian khas. Melalui Sono Ultrasound, serta pemerhatian pada aliran darah di Tali pusat dan plasenta janin 

 

Technography Plasmic Aliran darah plasenta adalah kaedah penting yang dapat menentukan komplikasi yang berlaku pada peringkat awal 

 

Pemeriksaan Ibu dan janin dalam kandungan, pemeriksaan Sono Ultrasound secara berkala adalah perlu dan ikutlah saranan doktor anda supaya pemantauan dan risiko dapat dikurangkan 

 

Translate »