Date Release: 29/8/2023
Tips buat Ibu hamil yang berada di kawasan banjir
Buat ibu-ibu hamil khasnya yang berada di Kawasan Banjir, jom periksa checklist dibawah sebagai persediaan sekiranya Ibu perlu ke hospital sebagai langkah berjaga–jaga :
1. Pastikan Ibu menyimpan semua dokumen penting seperti Buku Pink, Kad Pengenalan, Sijil Nikah dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan sekiranya perlu ke hospital.
2. Simpan baju & keperluan asas penting, kelengkapan bersalin, keperluan anak yang bakal lahir didalam beg dan letak beg di tempat yang mudah untuk dicapai sekiranya kecemasan berlaku.
3. Sekiranya boleh, buat Ibu hamil yang berada di trimester ketiga ini untuk dapatkan tempat tinggal sementara yang berdekatan dengan hospital
4. Simpan nombor Telefon Hospital berdekatan, klinik sekiranya berlaku kecemasan.
5. Berjaga-jaga dengan penyakit bawaan air bah(Banjir) seperti jangkitan pernafasan akut, konjunktivitis (sakit mata), cirit-birit, disentri, hepatitis A, taun, demam kepialu, keracunan makanan, demam denggi dan jangkitan kulit.
Leptospirosis boleh berlaku. Asalnya adalah bakteria Leptospira yang wujud dalam air kencing haiwan mamalia seperti tikus, kucing, anjing dan lembu. Ia boleh berjangkit kepada manusia yang terdedah atau bersentuhan secara langsung dengan air banjir yang dicemari air kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini.
Simpan ubat-ubatan dan vitamin didalam beg khas kalis air agar ubat-ubatan ini tidak rosak.