Skip to content

Date Release: 3/8/2023

Tips gerakkan baby sewaktu scan Sono Ultrasound

 

Sono Ultrasound dilakukan untuk menentukan kesihatan bayi, kedudukan bayi dan juga jantina bayi.

Sesetengah ibu bapa juga memilih untuk melakukan Sono Ultrasound dalam 3D, 4D dan 5D untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang rupa bayi dalam kandungan. 

 

Bayi yang aktif memberi peluang yang lebih baik buat Sonographer untuk melihat dan mengukur semua bahagian badan bayi. Jika bayi menghadap kearah tulang belakang ibu, atau melengkung ke dalam kedudukan yang menyembunyikan muka, mungkin agak sukar untuk melihat ciri-ciri tertentu. 

 

Jadi, jom kita lihat tips-tips yang mommies boleh guna supaya bayi tidak tidur & menyembunyikan muka sewaktu sesi Sono Ultrasound nanti : 

 

1) pengambilan gula yang berpada sebelum sesi Sono Ultrasound kerana ia dapat merangsang bayi untuk bergerak aktif 

2) Berjalan-jalan selama 10 minit kerana aktiviti fizikal tidak akan membiarkan bayi anda tidur 

3) Usap dan gosok perut dengan lembut biasanya akan mendapat tindak balas daripada bayi sewaktu sesi Sono Ultrasound dijalankan 

4) Pilih temujanji Sono Ultrasound sewaktu anda tahu bayi anda paling aktif 

5) Makan sebelum sesi Sono Ultrasound anda kerana bayi biasanya aktif selepas makan. 

6) Bawa minuman sejuk sewaktu sesi Sono Ultrasound anda kerana air yang sejuk dapat merangsang pergerakan bayi 

 

Harap dapat membantu ibu-ibu membuat persiapan sebelum sesi Sono Ultrasound nanti. 

Translate »