Skip to content

Blog: Tips Mengurangkan Masalah Perut kejang Ketika Hamil

Date Release: 3/10/2023

Tips Mengurangkan Masalah Perut kejang Ketika Hamil  

 

Kekejangan pada perut adalah perkara biasa semasa hamil. Sekiranya rasa sakit itu tidak kuat dan hilang apabila menukar kedudukan ia adalah perkara biasa sewaktu hamil 

 

Cara mengurangkan masalah kekejangan pada perut ialah 

1. Berehat atau mandi air suam akan membantu melegakan rasa kekejangan pada perut. 

Senaman yang kerap akan menguatkan dan mengencangkan otot perut. 

Semasa hamil, Ibu mudah merasa kekejangan berpunca dari ligamen. Ia terjadi kerana ligamen meregang untuk menyokong berat kandungan yang semakin membesar. Ia terasa seperti kekejangan yang tajam pada sebelah perut bawah. 

Berhati-hati semasa membuat senaman. Elakkan untuk berbaring telentang selama lebih daripada beberapa minit pada satu-satu masa selepas trimester pertama, kerana ini boleh mengurangkan aliran darah ke bayi. 

 

2. Makan makanan seimbang yang tinggi dengan serat 

– Sembelit adalah perkara yang biasa berlaku semasa hamil. Untuk memastikan najis lembut dan pergerakan usus lancar, dapatkan banyak serat makanan daripada buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin serta buah-buahan kering. Minum banyak air dan kerap bersenam. 

 

3. Letakkan minyak angin pada abdomen dan tuamkan dengan tuala yang direndam dengan air hangat 

Banyak angin & gas di dalam usus/perut juga menyebabkan kekejangan pada perut 

 

4. Dapatkan tidur malam yang nyenyak, dan berehat dengan meletakkan kaki ke atas selama sekurang-kurangnya 15 minit beberapa kali sehari. 

 

Kekejangan pada perut biasanya tidak perlu dirisaukan tetapi kadangkala ia boleh menjadi petanda sesuatu yang lebih serius yang perlu diperiksa. Sentiasa penuhi temujanji pemeriksaan prenatal dan segera dapatkan rawatan sekiranya kekejangan itu disertai dengan darah dan sakit kuat 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »