Skip to content

Blog: Tips sembuh Luka Ceaser

Date Release: 10/10/2023

 Tips Sembuh Luka Ceaser Dengan Cepat 

 

  • Cuba bergerak dan minum air secukupnya 

Ibu yang bersalin dengan kaedah ceaser berisiko untuk mendapat darah beku (Thrombosis). Salah satu punca terjadinya darah beku ialah kurang bergerak dan kurang minum air.  

 

  • Pemakanan seimbang : 

Makanan seimbang dan tinggi protein perlu untuk proses penyembuhan luka dan banyakkan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk penghadaman yang lebih baik 

 

  • Jaga kebersihan dan basuh tangan dengan bersih sebelum menyentuh kawasan luka : 

Sentiasa pastikan luka ceaser kering dengan cara anginkan kawasan luka dan pastikan kawasan luka dan sekitarnya bersih dari kotoran 

 

  • Ubat tahan sakit : 

Ambil ubat tahan sakit sekiranya perlu mengikut aturan dan dos yang ditetapkan. 

 

  • Gunakan abdominal binder :  

Pastikan abdominal binder tidak terlalu ketat dan binder ini bertujuan untuk menyokong kawasan abdomen terutamanya sewaktu batuk, bersin untuk mengurangkan gegaran. 

 

  • Dapatkan rehat yang secukupnya untuk proses penyembuhan luka cepat sembuh. 

 

Segera dapatkan rawatan sekiranya Ibu mendapati terdapat kelainan pada luka ceaser seperti, terasa panas pada luka, merah, keluar darah, cecair atau nanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »