Skip to content

Date Release: 25/8/2023

 

Saluran Peranakan Tersumbat  

 

Fallopian Tube Blockage - Reason, Test, Treatment - Grace Fertility

 

Saluran Peranakan Tersumbat atau Blocked Fallopian Tube adalah keadaan dimana Fallopian Tube (saluran Peranakan) yang menghubungkan ovari dan rahim telah tersumbat 

 

Jika tiub fallopio tersumbat, laluan untuk sperma sampai ke telur, serta laluan kembali ke rahim untuk telur yang disenyawakan, disekat 

 

Wanita mempunyai dua tiub fallopian dan kadangkala salah satu tiub tersumbat dan mungkin kedua-duanya tersumbat 

 

Antara punca saluran Peranakan Tersumbat ialah :   

  • Tisu parut 
  • Berlakunya jangkitan bakteria seperti Chlamydia dan Gonorrhea mampu menghancurkan silia dalam tiub dan menyebabkan tiub tersumbat 
  • Perekatan pelvis. 
  • Saluran Peranakan Tersumbat boleh terjadi selepas bersalin 
  • Endometriosis  
  • Radang Pelvis 
  • Penyakit Kelamin 
  • Sejarah kehamilan luar rahim 
  • Fibroid 
  • Hydrosalphinx 

 

Tiub fallopian juga boleh rosak jika terdapat jangkitan bakteria yang merebak hingga bahagian dalam rahim dan faraj 

 

Kebanyakan Wanita tidak sedar mengalami masalah Fallopian yang tersumbat ini kerana tiada gejala khas. Bagaimanapun, ia mungkin dapat dikesan apabila timbul masalah untuk mendapatkan zuriat, dan pemeriksaan lanjut seperti HSG (histerosalpingogram) dan pembedahan laparoskopi dapat memastikan kondisi ini 

 

Sentiasa peka tentang kesihatan diri dan sebarang perubahan pada diri. Dapatkan rawatan dan pemeriksaan dengan segera 

 
Translate »