Skip to content

Date Release: 24/7/2023

 

Uri Melekat Sewaktu Hamil Bahayakan Nyawa Ibu

 

Selain mengalami masalah Placenta Previa (masalah uri rendah), ibu hamil tersebut juga mungkin mengalami masalah rahim melekat 

 

Pernah tak ibu-ibu dengar tentang Placenta Accreta? 

 

Jom tengok beberapa jenis uri melekat yang dapat dikenalpasti : 

 

1️. Uri melekat atau Placenta Accreta – adalah keadaan yang serius dimana uri bayi melekat pada dinding rahim. Kebiasaannya, uri/placenta akan terlepas dari dinding rahim selepas proses kelahiran. Bagi kes ‘Placenta Accreta’, uri tersebut melekat kekal pada rahim dan boleh menyebabkan tumpah darah yang teruk. 

 

2️. Placenta Increta – Uri tertanam didalam otot dinding rahim (lapisan miometrium) 

 

3️. Placenta Percreta – Uri tertanam sehingga menembusi keseluruhan dinding rahim dan melibatkan organ berdekatan iaitu pundi kencing dan rektum 

 

Faktor yang meningkatkan risiko terjadinya Uri melekat : 

Antara risiko uri melekat mungkin dialami ibu yang mengalami masalah berikut 

 

  • Placenta Previa 

Ibu yang mengalami placenta previa terdapat kemungkinan 10% mengalami masalah uri melekat 

Info mengenai placenta previa

 

  • Pernah menjalani pembedahan pada rahim, seperti D&C 

 

  • Pernah menjalani pembedahan fibroid  

 

  • Pernah menjalani pembedahan caesarean pada kelahiran yang lepas  

 

Ibu yang pernah melalui pembedahan melibatkan rahim, menyebabkan otot pada dinding rahim menjadi nipis menjadi punca uri melekat pada rahim apabila plasenta yang menempel pada peringkat awal kehamilan tertanam dengan lebih dalam. 

 

Placenta accreta sukar dikesan hinggalah proses kelahiran berlaku. Tetapi, dengan Sono Ultrasound, beberapa keraguan mungkin dapat dikesan dan placenta accreta mungkin dapat di diagnos. 

 

Sekiranya keraguan mengenai kondisi Placenta Accreta ini dikesan, Ibu akan melalui beberapa Sono Ultrasound yang lebih detail dan ujian radiologi MRI akan dilakukan 

 

Placenta Accreta selalunya diketahui apabila plasenta tidak dapat dikeluarkan selepas 30minit bayi dilahirkan. 

 

Rawatan bagi masalah Placenta Accreta:  

Sekiranya Placenta Accreta dikesan sewaktu sesi Sono Ultrasound, proses kelahiran dapat dirancang. Pakar dapat membuat persediaan supaya proses kelahiran lebih terancang 

 

Cara terbaik untuk melahirkan ialah melalui Caesarean dan pembuangan rahim (histerektomi) mungkin perlu dilakukan 

Translate »