Skip to content

Date Release: 25/7/2023

 

Vaksin selamat atau tidak buat ibu hamil 

 

Ramai ibu-ibu hamil mula risau sewaktu Covid melanda negara. Rata-rata ibu hamil mula faham pentingnya detail scan, Sono Ultrasound dan kerana risaunya pandemik yang melanda memberi kesan kepada anak dalam kandungan 

 

Kebimbangan adalah dikalangan 

1) Ibu-ibu yang pernah terkena jangkitan Covid diawal kehamilan atau 

2) Baru selepas vaksin samada sedar hamil atau tidak sedar sedang hamil (trimester pertama) 

 

Pemeriksaan detailed scan keatas ibu-ibu hamil,didapati bayi tidak mengalami sebarang kecacatan (Dr Anna liza).  

 

Detail scan dapat mengesan sebarang kecacatan fizikal pada bayi (bukan kes genetik). 

 

Jangkitan COVID-19 dapat dikelaskan kepada lima peringkat mengikut tahap: 

 

Tahap 1: – Tanpa gejala 

Tahap 2: – Simptomatik, Tiada radang paru-paru 

Tahap 3: – Simptomatik, Pneumonia 

Tahap 4: – Pneumonia dengan Hipoksia 

Tahap 5: – Sakit kritikal dengan Kegagalan Multi Organ 

 

Sebahagian besar ibu hamil tanpa gejala (asymptomatic) dan sebahagian mungkin mengalami gejala ringan seperti demam dan batuk. Jika pesakit tidak sihat, terutamanya jika mengalami kesukaran bernafas, adalah lebih baik untuk mendapatkan perubatan segera. 

 

Vaksin tidak menyebabkan kecacatan  janin. Kajian tidak membuktikan Covid-19 dan vaksin dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran (KKM) 

 

Adalah bahaya buat ibu hamil yang berada di tahap 4 : Pneumonia dengan hipoksia ( kekurangan oksigen dalam darah) kerana ia membahayakan bayi dalam kandungan. Kesukaran bernafas menyebabkan darah juga kekurangan oksigen (termasuklah darah yang disalurkan kepada bayi dalam kandungan). Bayi dalam kandungan sekiranya mengalami hypoxia, boleh mengalami kerosakan saraf dan otak 

 

Vaksin juga digalakkan buat ibu hamil dan langkah berjaga-jaga masih perlu diambil bagi mengelakkan penularan Covid-19. 

Translate »