Skip to content

Date Release: 29/8/2023

 

𝗩𝗘𝗡𝗧𝗥𝗜𝗖𝗨𝗟𝗢𝗠𝗘𝗚𝗔𝗟𝗬 

 

Ventriculomegaly

Ventriculomegaly adalah keadaan luar biasa dimana ventrikal di dalam otak janin membesar melebihi 10mm lebar. 

 

Ventriculomegaly boleh memberi kesan kepada samada sebelah atau kedua-dua belah ventrikal. Dan ia juga boleh memberi kesan kepada ventrikal ketiga dan keempat. 

 

Sewaktu pemeriksaan Sono Ultrasound kepala janin, pemerhatian pada struktur otak dan saiz ventrikal otak, Ventriculomegaly dapat dikesan sewaktu sesi Sono Ultrasound pada trimester kedua 

 

Ventriculomegaly mempunyai tiga peringkat iaitu kecil, sederhana dan teruk 

 

Ventricolumegely terjadi disebabkan oleh kerosakan atau kehilangan tisu otak, berlaku kecacatan dalam perkembangan otak dan ketidakseimbangan peredaran dan penyerapan cecair cerebralspinal 

 

Bagi kes ini, Cecair otak memenuhi sebahagian besar daripada otak mengakibatkan tisu otak pula mengecil. 

 

Punca lain terjadinya Ventriculomegaly ialah daripada jangkitan virus dari Ibu seperti jangkitan Sitomegalovirus dan Toksoplasmosis. Jangkitan virus boleh menyebabkan kecacatan perkembangan otak, ventriculomegaly dan hydrocephalus.  

 

Kesan Ventriculomegaly pada penghidapnya ialah : 

  • Masalah pada perkembangan fizikal 
  • Pergerakan Otot terganggu 
  • Pergerakan saraf terganggu  
  • Lemah pada aspek daya fikir, intelektual dan pembelajaran 

 

Jangan abaikan jadual antenatal dan pemeriksaan Sono Ultrasound anda. Sekiranya didapati kandungan anda  terdapat sebarang kelainan, anda akan segera dirujuk pada pakar. 

 
Translate »