Skip to content

Date Release: 16/8/2023

Vernix caseosakerak-kerakpada kulit bayi bermakna kulit bayi tak bersih? 

 

Bayi yang baru dilahirkan, akan diselaputi dengankerak-kerak putihini, atau dipanggil Vernix Caseosa.

Vernix Caseosa And Its Benefits: Must-Read Information For Parents

Vernix Caseosa dibuat oleh kulit bayi itu sendiri.

Lapisan ini berkembang pada kulit bayi sekitar usia kandungan 20 minggu. 

 

Ibu dan ayah digalakkan supaya melengahkan mandian pertama bayi.

Vernix Caseosa ini seeloknya dibiarkan dahulu pada hari pertama kelahiran.

Ini adalah kerana Vernix Caseosa banyak memberi manfaat buat bayi. 

 

Fungsi Vernix Caseosa : 

  • Melindungi kulit bayi dari sebarang jangkitan. 
  • Bersifat kalis air. Membolehkan kulit bayi bertahan berada didalam air ketuban. 
  • Ia mengandungi bahan antibakteria untuk melindungi bayi 
  • Pelembap semulajadi 
  • Sebaik sahaja bayi dilahirkan, bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suhu di luar berbanding suhu yang sedikit panas didalam kandungan, lapisan Vernix ini mencegah bayi kehilangan haba. 
  • Ia mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat pergeseran yang berlaku sewaktu proses kelahiran. 

 

Jumlah Vernix Caseosa pada kulit bayi semakin berkurangan apabila semakin hampir dengan tarikh bersalin/due date.  

 

Ia tidak kelihatan dalam Sono Ultrasound 3D/4D tetapi kulit bayi kelihatan agak bergelombang didalam imej Sono Ultrasound kerana Vernix Caseosa terdiri daripada 80% air, 10% protein dan 10% lemak/lipid. Lipid ini tidak larut dalam air. Ia mengandungi lemak, wax, hormon dan komponen membrane tertentu dan berfungsi sebagai simpanan tenaga. 

 

Jadi mommies tak perlu risau kerana sangka putih-putih itu adalah kotoran pada bayi ya? Kerana itu ialah Vernix Caseosa yang banyak beri kebaikan pada bayi. 

 
Translate »