Skip to content

Date Release: 24/8/2023

WARFARIN EMBRYOPHATY SYNDROME 

 

Sebelum tu, jom kita tengok Apa tu Warfarin?  

Warfarin ialah alat untuk mencegah pembekuan darah. Ia juga berfungsi untuk menghentikan pertambahan saiz darah beku yang telah terbentuk 

Darah beku adalah merbahaya kerana ia meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan menghalang pengaliran darah 

Warfarin dapat melepasi plasenta dan ia boleh menjejaskan perkembangan janin 

 

Kesan buruk warfarin kepada kandungan 

  • Keguguran 
  • Kelahiran Pramatang 
  • Kematian janin dalam kandungan 
  • Pendarahan 
  • Anomali Muka (Kecacatan pada muka) 

Dapat dikesan melalui Sono Ultrasound 

Kecacatan pada tulang hidung (hipoplasia) 

  • Masalah pada sistem saraf pusat  

Sawan 

Microcephaly 

  • Optic atrophy  

Kecacatan pada mata 

 

Warfarin adalah antikoagulan aktif yang paling berkesan untuk mencegah kejadian thromboembolic pada ibu semasa kehamilan. 

 

Jom kita tengok Apa itu Warfarin Embryophaty Syndrome? 

 

Ia adalah keabnormalan pembentukan tulang dan rawan janin, kecacatan pada wajah, optic atrophy, kecacatan mental. Risiko berlakunya syndrome ini ialah 4%-10% 

Risiko amat tinggi sekiranya warfarin diberikan semasa 6-12 minggu kehamilan 

Dos pengambilan Warfarin kurang dari 5mg sehari mempunyai risiko terendah sebanyak 3%. 

 

Penyelesaian kedua kepada masalah pembekuan darah bagi Ibu hamil ialah pengambilan HEPARIN supaya dapat mengurangkan kematian bayi dalam kandungan dan masalah keguguran 

 

Melalui kajian, Warfarin banyak memberi kesan buruk kepada janin dalam kandungan,oleh itu sebaik sahaja disahkan hamil, Heparin akan diberi menggantikan warfarin.  

 

Ibu hamil yang mengalami masalah pembekuan darah dan mengambil ubat antikoagulan ini perlu melalui Sono Ultrasound secara berkala untuk memeriksa janin dalam kandungan 

 

Info mengenai Details Scan

Translate »