Skip to content

Date Release: 7/8/2023

Apa warna sticker buku pink anda? 

 

Sekiranya mommies melakukan pemeriksaan dan memdaftar dengan KKIA berdekatan, pasti mommies tahu setiap buku pink akan ditandakan dengan sticker pada penghujung atas buku.  

 

Apa beza warna-warna sticker ni?


Buku Pink 101: Segala Yang Bakal Ibu Perlu Tahu (Update 2021)

 

1️. PUTIH : Tiada Risiko 

– Boleh bersalin di mana-mana hospital  

 

2️. Hijau : Berisiko 

Berat 80kg, Bersalin koyak tahap 3,  

Primid (Kandungan pertama), 

Vacuum, asma, LSCS 

– Boleh bersalin dimana-mana hospital. 

– Follow up dengan jururawat dibawah pengawasan doktor. 

 

3️. Kuning : Berisiko 

Diabetes dengan insulin, darah tinggi, ibu tanpa nikah. 

– Boleh bersalin dimana-mana hospital 

– Follow up: perlukan pemantauan doktor pakar FMS/O&G 

 

4️. Merah : Berisiko tinggi 

Kontraksi pramatang, sakit jantung 

– Perlu rujuk segera ke Hospital 

– Follow up Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga.  

 

Adalah amat penting buat ibu hamil mengikut jadual pemeriksaan Sono Ultrasound, menjaga pemakanan dan kesihatan serta mengikut arahan dan perancangan doktor mengenai kehamilan. 

 
Translate »