Date Release: 19/7/2023
Selepas disahkan kehamilan, apa next step yang mommies perlu buat?
Buat mommies yang menantikan kehadiran cahaya mata, lewat haid boleh jadi salah satu tanda, jadi mommies mungkin hamil.
Jom check apa yang perlu mommies buat sebaik saja haid mommies lewat 1-2 minggu.
UPT – Urine Pregnancy Test
Mommies boleh melakukan sendiri ujian air kencing ini di rumah atau membuatnya di klinik berhampiran. UPT mudah dan senang didapati dan hasilnya juga tepat.
Sekiranya UPT mommies adalah POSITIF;
1. Mommies boleh melakukan Sono Ultrasound atau scan diawal kehamilan supaya dapat memeriksa kandungan berada di dalam rahim atau diluar rahim(etopic pregnancy). Biasanya kandungan 5-7minggu, kantung bayi sudah nampak melalui sono ultrasound.
2. Segera dapatkan temujanji di klinik berdekatan untuk antenatal checkup atau buka buku pink bagi memeriksa kandungan dan kesihatan ibu sewaktu hamil. Mommies digalakkan untuk mendaftar buku pink sebelum kandungan 12 minggu.
3. Growth Scan – Growth scan adalah salah satu sono ultrasound yang penting buat mommies sepanjang kehamilan. Growth scan akan memeriksa ukuran panjang bayi, ukur lilit kepala, bahagian abdomen, kedudukan uri, panjang tulang peha atau femur, estimate berat bayi, jumlah air ketuban, dan juga jantina
4. Detail Scan – Mommies juga digalakkan untuk melakukan details scan bagi memeriksa secara keseluruhan bayi didalam kandungan. Detail scan dilakukan menggunakan Sono Ultrasound 2D. Biasanya detail scan mengukur dan melihat keadaan otak,muka seperti mulut,hidung,telinga. Selain itu details scan juga melihat jantung anak,diafragma,pundi kencing, buah pinggang, perut, tangan, kaki dan jari jemari bayi.