Penting ke Detail Scan? Apakah kelebihannya kepada bakal ibubapa?


2D scan ialah gambar hitam putih terdapat 2 jenis scan iaitu Growth Scan dan Detail Scan. Biasanya di klinik kesihatan kerajaan hanya buat growth scan sahaja. Growth scan ni untuk melihat perkembangan bayi dalam kandungan termasuk membuat ukuran basic parameter, sama ada perkembangan mengikut tempoh kandungan atau tidak.

Antara parameter yang biasanya diperiksa SEMASA GROWTH SCAN ialah:

  1. Biparietal diameter (BPD): Ukuran diameter kepala
  2. Head circumference (HC): Ukuran lilit kepala
  3. Abdominal circumference (AC): Ukuran lilitan pinggang
  4. Femur Length (FL): Panjang tulang peha
  5. Amniotic fluid index (AFI): air ketuban
  6. Kedudukan placenta (Uri)
  7. Fetal Heart Rate (FHR): dengupan jantung bayi
  8. Estimated Fetal Weight (EFW): jangkaan berat bayi

DETAIL SCAN pula lebih banyak parameter yang akan diperiksa, seperti struktur dalam otak bayi dari segi saiz, jantung, perut, buah pinggang, tulang belakang, tulang tangan dan jari, pundi kencing dan banyak lagi. Full detail scan sepatutnya dibuat masa minggu ke-18 ke minggu ke-24 yang mempunyai tahap ketepatan setinggi 90%, akan tetapi, jika ibu mengandung terlepas waktu optimum dia ingin membuat detail scan lagi, ibu mengandung boleh membuat partial detail scan masa minggu ke 25 ke minggu ke-29 yang mempunyai tahap ketepatan setinggi 60%. Oleh itu, kami sarankan ibu mengandung haruslah membuat detail scan
seawall mungkin untuk mendapatkan ketepatan yang tinggi.

Semasa DETAILS SCAN antara yang diperiksa ialah :

  1. Bentuk dan struktur kepala bayi anda. Pada peringkat ini masalah otak yang serius, dapat dilihat seperti otak berair, tiada tempurung otak dan lain-lain masalah.
  2. Muka bayi anda, untuk memeriksa bibir sumbing, lelangit, jarak mata, kanta mata dan tulang hidung.
  3. Tulang belakang bayi anda,untuk memastikan tidak ada spina bifida atau scoliosis.
  4. Dinding abdomen bayi anda, memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafragm.
  5. Jantung bayi anda. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel). Injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Salur darah utama yang membawa darah ke dan dari jantung bayi anda.
  6. Buah pinggang bayi anda. Pastikan ada dua buah pinggang, dan air kencing mengalir bebas ke dalam pundi kencing.

Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, kebanyakan kecacatan fizikal boleh dikesan dari awal. Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melalui detail scan. Dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bermaksud bayi itu adalah 100% sempurna.

APA YG PERLU DIBUAT JIKA KANDUNGAN ABNORMAL?
Ibu mengandung akan direfer ke Doktor pakar maternal feto medicine (MFM doctor) dan pemantauan teliti akan dilakukan.

KELEBIHAN DETAIL SCAN KEPADA BAKAL IBUBAPA

  • Membolehkan mereka lebih bersedia jika bayi adalah abnormal.
  • Membolehkan ibubapa mendapatkan nasihat yang lebih awal untuk rawatan yang seterusnya.
  • Mendapatkan pakar kanak-kanak seawalkan mungkin untuk menyambutkan bayi yang ada masalah.