Date Release: 18/7/2023
Obesiti VS Sono Ultrasound
1. Obesiti adalah salah satu cabaran untuk mendapatkan imej Sono Ultrasound scan yang jelas kerana bacaan BMI yang tinggi dan dinding abdomen yang tebal.
2. Ibu yang obese, seringkali mendapat diabetes dan darah tinggi. Risiko berkaitan kandungan juga tinggi contohnya kelahiran pramatang, cleft palate, anencephaly.
3. Selain kepakaran dan limitasi mesin ultrasound, obesiti juga punca kesukaran menilai organ-organ penting dan anggota badan bayi sewaktu Sono Ultrasound dijalankan.
4. Sebagai contoh, ibu yang BMI nya normal, posisi bayi yang jelas, jantina bayi dapat dilihat seawal 14-15minggu.
5. Manakala bagi ibu yang obese, jantina mungkin dapat dilihat 16-20minggu (bergantung pada posisi bayi: kepit kaki)
6. Imej scan yang terhasil bagi ibu yang obese kelihatan seperti pecah-pecah dan kelabu. Untuk mengesan abnormalities pada organ seperti jantung juga agak terhad.
7. Ketebalan lemak badan ibu hamil antara faktor yang beri kesan utk Sono Ultrasound melihat bayi dalam kandungan.
8. Kepakaran Sonographer mencari sudut terbaik supaya penembusan yang lebih optimum dapat dicapai sewaktu sesi Sono Ultrasound.