Skip to content

Date Release: 18/7/2023

 

Pernah dengar tentang Cervical Incompetence? 

 

Dalam Details Scan Sono Ultrasound/anatomy scan salah satu prosedur adalah perlu mengukur panjang serviks. 

 

Apa itu serviks? 

 

Serviks ada dibahagian bawah rahim dan ia adalah sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. 

 

Serviks sepatutnya kekal panjang dan tebal semasa kehamilan seperti sebelum hamil dan hanya akan memendek beberapa bulan sebelum bayi dilahirkan. 

 

Terdapat dua bukaan serviks : 

serviks dalaman/ os dalaman : ia berada dekat dengan rahim 

serviks luaran /os luar 

 

Cervical Incompetence ialah serviks yang mula menipis dan terbuka/dilate sebelum kandungannya cukup bulan 

 

Risiko Cervical Incompetence

– Keguguran

Kelahiran Pramatang 

 

Ukuran normal panjang serviks ketika tidak hamil ialah 30mm-50mm / 4cm-5cm dan purata panjang serviks ketika hamil awal trimester ketiga ialah 3.5cm. sekiranya ukuran panjang serviks dibawah 2.5cm, keguguran dan kelahiran pramatang boleh berlaku. 

 

Bagi serviks yang telah memendek, terdapat risiko jangkitan pada air ketuban apabila kantung amniotik mula memasuki serviks. 

 

Sekiranya mommies pernah melalui kelahiran pramatang atau pernah terjadi cervical incompetence ini pada kelahiran yang lepas, lakukan Sono Ultrasound mommies dan tanyakan tentang pemeriksaan ukuran serviks supaya sebarang risiko dapat dikurangkan dan rawatan dapat dijalankan. 

 

Rawatan buat cervical funneling/serviks pendek ialah 

Arrabin Pessary : Doktor akan memasukkan alat seperti gelung  

Mudah, kurang invasif. Tiada jahitan atau bius digunakan. Dikeluarkan pada usia kandungan 37 minggu 

Cervical Cerclage : Jahitan yang dilakukan disekeliling serviks supaya serviks tertutup 

 

Peluang untuk cervical incompetence kali kedua kandungan seterusnya mungkin ada. 

Translate »