Skip to content

week 12 / minggu 12

Week 12 

The fetus is now 5.4cm long from head to bottom. Internal organs and muscles are present. The skeleton is made up of tissue and hardens into bone. The fetal vocal cords are forming, although they won’t function until a few more weeks into the pregnancy. 

Although the sex organs (gender) have formed, you can only see them at the next Ultrasound session. Fetal fingernails and toenails begin to grow, and fingertips and toes now have unique fingerprints. Many fetal organs and systems become more functional. 

Symptoms 

Your waist may be getting thicker and wider and your breasts are getting bigger. As other allergy symptoms subside, you may start to feel hungrier and eat more often. 

As the nausea begins to subside, some women may experience an increase in appetite and weight gain. 

Tips for you 

Try to follow a healthy pregnancy diet, you don’t need to eat more for the baby. If you maintain a healthy weight, it is good for your health as well as the fetus. Being overweight puts you at risk of pre-eclampsia and high blood pressure.

Sono Ultrasound 

Have you made an appointment for NT Scan? 

NT scan should be done from 11-14 weeks of pregnancy. NT Scan or Nuchal Translucency Scan. NT Scan is used to detect several types of genetic abnormalities. NT scan is performed by measuring the thickness of the fluid behind the fetal neck. Fetuses with genetic problems are found to have excess fluid behind the neck.

Minggu 12

Janin kini berukuran 5.4cm panjang dari kepala ke bawah. Organ dalaman dan otot telah ada. Rangka pula terdiri daripada tisu dan mengeras menjadi tulang. Pita suara janin sedang terbentuk, walaupun ia tidak akan berfungsi sehingga beberapa minggu lagi semasa kehamilan.

Walaupun organ seks (jantina) telah terbentuk, anda hanya dapat melihatnya pada sesi Ultrasound akan datang. Kuku jari tangan dan kuku kaki janin mula tumbuh, dan hujung jari dan kaki kini mempunyai cap jari yang unik. Banyak organ dan sistem janin menjadi lebih berfungsi.

Simptom

Pinggang anda mungkin semakin menebal dan lebar dan payudara anda semakin besar. Apabila simptom alahan lain semakin reda, anda mungkin mula berasa lebih lapar dan kerap makan. 

Apabila rasa mual mula berkurangan, sesetengah wanita mungkin mengalami peningkatan selera makan dan berat badan anda juga semakin bertambah. 

Tips Buat Anda

Cubalah untuk ikut diet kehamilan yang sihat, anda tidak perlu makan lebih untuk bayi. Jika anda mengekalkan berat badan yang sihat, adalah bagus untuk kesihatan diri dan juga janin. Berat badan yang berlebihan memudahkan diri anda terdedah pada risiko pre-eklampsia dan tekanan darah tinggi.

Sono Ultrasound

Sudahkah anda membulat temujanji untuk NT Scan? 

NT scan sesuai dilakukan bermula usia kandungan 11-14 minggu. NT Scan atau Nuchal Translucency Scan. NT Scan digunakan untuk mengesan beberapa jenis keabnormalan genetik. NT scan dilakukan dengan mengukur ketebalan cecair di belakang leher janin. Janin yang mempunyai masalah genetik dikesan mempunyai lebihan cecair yang banyak di belakang leher. 

Translate »