week 15 / minggu 15
Week 15
A 15 week fetus is about 4 inches long. At this stage, the fetus is developing rapidly. The fetus can move its limbs, body and head.
Your baby’s eyes are now more sensitive to light and the fetus’s ears have developed, where they are good enough to detect sounds, including the mother’s voice. The fetus will continue to grow rapidly, and important developments are taking place.
If this is not your first pregnancy, you may be able to feel subtle movements in your uterus. It is quite difficult for a first-time pregnant mother to feel this subtle movement. Don’t worry, you’ll soon be able to feel your baby’s first kick.
Symptoms
Have you noticed a lot of discharge in your pants? Most pregnant women experience it. It is because more blood flows around your pelvic area when you are pregnant and this can cause your body to produce more milky white fluid called leucorrhoea which keeps your vagina clean and free of infection. You may also notice that your skin is getting drier.
Tips For You
If the discharge called leucorrhea changes color, smells or you feel pain when urinating, you feel itchy in the genital area, immediately get checked.
Wear underwear made of cotton, and comfortable. You can get maternity underwear so that you are more comfortable. For those of you who have dry skin problems, use a cream or balm containing Shea Butter and Vitamin E to moisturize the skin. Take care of personal hygiene, and always be aware of any troubling changes.
Sono Ultrasound
The gender of the baby can already be seen through Sono Ultrasound examination. But, depending on the position of the baby and the baby’s cooperation (some babies put their legs together the whole time at the ultrasound session- so the gender cannot be detected)
Minggu 15
Panjang janin yang berusia 15 minggu adalah kira-kira 4 inci panjang. Pada peringkat ini, janin berkembang pesat. Janin sudah boleh menggerakkan anggota badan, badan dan kepala.
Mata bayi anda kini lebih sensitif kepada cahaya dan telinga janin telah berkembang, dimana ia cukup untuk mengesan bunyi, termasuklah suara ibu. Janin akan terus berkembang dengan pesat, dan perkembangan yang penting sedang berlaku.
Sekiranya ini bukan kandungan pertama anda, anda mungkin dapat merasakan pergerakan halus di rahim anda. Agak sukar buat Ibu yang pertama kali hamil untuk merasakan pergerakan halus ini. Jangan risau, anda akan dapat merasai tendangan pertama anak anda tidak lama lagi.
Simptom
Adakah anda perasan terdapat banyak lelehan dalam seluar anda?Kebanyakan wanita hamil mengalaminya. Ia adalah kerana lebih banyak darah yang mengalir di sekitar kawasan pelvis anda pada ketika anda hamil dan ini boleh menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak cecair putih susu yang dipanggil leucorrhoea yang memastikan faraj anda bersih dan bebas daripada jangkitan. Anda juga mungkin perasan bahawa kulit anda semakin kering.
Tips Untuk Anda
Sekiranya lelehan dipanggil leucorrhea ini berubah warna, berbau atau anda berasa sakit semasa membuang air kecil, anda terasa gatal dikawasan kemaluan, segera dapatkan pemeriksaan.
Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas, dan selesa. Anda boleh dapatkan maternity underwear supaya anda lebih selesa. Bagi anda yang mengalami masalah kulit yang kering, pakai krim atau balm yang mengandungi Shea Butter dan Vitamin E bagi melembapkan kulit. Jaga kebersihan diri, dan sentiasa peka terhadap sebarang perubahan yang merisaukan.
Sono Ultrasound
Jantina bayi sudah dapat dilihat melalui pemeriksaan Sono Ultrasound (Gender Scan). Tetapi, bergantung pada posisi bayi dan kerjasama bayi (sesetengah bayi merapatkan kaki sepanjang masa di sesi ultrasound- jadi jantina tidak dapat dikesan).