Skip to content

week 16 / minggu 16

Week 16 

The fetal nervous system continues to develop, and this allows your baby to start moving its arms and legs. 

The length of the fetus is also about 11.6cm. The fetus can also grasp the hand forming a fist. They also start punching inside your uterus. The fetus’s hair may also have started to grow on its head. 

Symptoms 

You may experience swollen and bleeding gums. Constipation during pregnancy is also the most common problem experienced by pregnant women. 

Nausea and vomiting or morning sickness may decrease or disappear for some women, but for other pregnant women, it may persist. 

Some women may also experience ligamentous pain, which is pain in the lower abdomen due to stretching of the ligaments that support the uterus. 

Tips For You 

When you find it difficult to pass a bowel movement, it can make you feel bloated and sick. So, eat foods that are high in fiber such as whole wheat bread, fruits and vegetables and legumes. Drink enough water and do light exercise. 

You can use a pregnancy belly support or a support band on your belly to reduce the pressure on your back and pelvis.

Sono Ultrasound 

You can now make an appointment for Anatomy Scan. An Anatomy Scan is a detailed ultrasound examination and is usually performed between 18 and 29 weeks of pregnancy. 

Anatomy Scan aims to assess the growth and development of the baby, as well as assess the anatomy and function of major organs and structures, including the heart, brain, lungs, liver, kidneys and limbs.

Minggu 16

Sistem saraf janin terus berkembang, dan ini membolehkan bayi anda mula menggerakkan tangan dan kakinya. Panjang janin juga sudah berukuran kira-kira 11.6cm. 

Janin juga sudah boleh menggenggam tangan membentuk penumbuk. Mereka juga mula menumbuk didalam rahim anda. Rambut janin juga mungkin sudah mula tumbuh di atas kepalanya.

Simptom 

Anda mungkin mengalami masalah gusi bengkak dan berdarah. Sembelit semasa hamil juga adalah yang paling kerap dialami oleh wanita hamil. 

Mual dan muntah atau morning sickness mungkin berkurangan atau hilang bagi sesetengah wanita, tetapi bagi wanita hamil yang lain, ia mungkin berterusan.

Sesetengah wanita juga mungkin mengalami rasa sakit pada bahagian ligamen, iaitu rasa sakit di bahagian bawah abdomen akibat regangan ligamen yang menyokong rahim.

Tips Untuk Anda

Apabila anda merasa sukar untuk membuang air besar, ia boleh membuatkan anda berasa kembung dan sakit. Jadi, makan makanan yang tinggi serat seperti roti gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran dan kekacang. Minum air secukupnya dan lakukan senaman ringan. 

Anda boleh menggunakan pregnancy belly support atau ikatan sokongan pada perut bagi mengurangkan tekanan pada belakang dan pada pelvis anda.

Sono Ultrasound

Anda sudah boleh membuat temujanji bagi Anatomy Scan. Anatomy Scan ialah pemeriksaan ultrasound yang terperinci dan biasanya dilakukan antara 18 hingga 29 minggu kehamilan. 

Anatomy Scan bertujuan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan bayi, serta menilai anatomi dan fungsi organ dan struktur utama, termasuklah jantung, otak, paru-paru, hati, buah pinggang dan juga anggota badan.

Translate »