week 18 / minggu 18
Week 18
The fetus is about 14.2cm long and weighs around 195gm. Your baby’s hearing, swallowing and sucking reflexes develop during this week.
Your baby will also move their arms and legs a lot. They are also covered with a layer of ‘vernix’. Vernix, also known as vernix caseosa, is a waxy white substance that covers the skin of a newborn baby. It acts as a natural protector that forms on the skin of the fetus.
Symptoms
You may notice red or purple stripes or so-called ‘stretch marks’ on your stomach, thighs and breasts. These are stretch marks and they are usually caused by hormones and because of the stretching of your skin.
Your breasts may also getting bigger, especially if this is your first pregnancy.
Tips for you
There are several things you can do to reduce the problem of stretch marks, namely massaging the area with stretch marks can help increase blood flow and reduce stretch marks.
Additionally, keeping your skin hydrated can help improve skin elasticity and reduce the appearance of stretch marks. Use a moisturizer daily and pay special attention to areas prone to stretch marks such as the stomach, hips and thighs.
Sono Ultrasound
This is the right time for you to have an Anatomy Scan. This anatomical scan can help identify any abnormalities or birth defects that may be present, allowing planning to be done to manage any necessary treatment.
Minggu 18
Janin sudah berukuran kira-kira 14.2cm panjang dan berat sekitar 195gm. Refleks pendengaran, menelan dan menghisap bayi anda berkembang pada minggu ini.
Bayi anda juga akan banyak menggerakkan tangan dan kaki mereka. Mereka juga sudah diliputi dengan lapisan ‘vernix’. Vernix juga dikenali sebagai vernix caseosa, adalah bahan putih berlilin yang menutupi kulit bayi yang baru lahir. Ia bertindak sebagai pelindung semula jadi yang terbentuk pada kulit janin.
Simptom
Anda mungkin mengesan jalur merah atau ungu atau dipanggil ‘stretch mark’ pada perut,paha dan payudara anda. Ini adalah tanda regangan dan ia biasanya disebabkan oleh hormon dan kerana berlakunya regangan pada kulit anda.
Payudara anda mungkin juga semakin membesar, terutamanya jika ini adalah kehamilan pertama anda.
Tips Buat Anda
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan masalah stretch mark iaitu dengan mengurut kawasan yang mempunyai stretch mark dapat membantu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tanda regangan.
Selain itu, kekalkan hidrasi kulit anda boleh membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan stretch mark. Gunakan pelembab setiap hari dan beri perhatian khusus pada kawasan yang terdedah kepada tanda regangan seperti perut, pinggul dan peha.
Sono Ultrasound
Inilah masa yang sesuai untuk anda jalani Anatomy Scan. Imbasan anatomi ini boleh membantu mengenal pasti sebarang keabnormalan atau kecacatan kelahiran yang mungkin ada, membolehkan perancangan dilakukan bagi menguruskan sebarang rawatan yang diperlukan.