week 36 / minggu 36
Week 36
By now, your baby’s lungs may have matured enough to breathe outside the womb without any help. Your baby is now approximately 47.4cm long and weighs 2.6kg.
Your baby may be ready to be in a head-down position for the birth process later, while some babies are in a transverse and inverted position.
The waxy coating or vernix caseosa usually diminishes on the baby’s skin by now, and some babies usually still have remnants of it at birth.
Symptoms
As your body prepares for labor, you may notice a lot of discharge.
The lower your baby’s position, you may find that you have difficulty breathing.
You may also have started to experience swelling in your feet and ankles during pregnancy and it becomes more noticeable in the last weeks of pregnancy.
Tips for you
Staying active will make your body better prepared for the birth process later. Make sure you eat a balanced diet. Avoid eating foods that are high in salt and sugar.
Minggu 36
Kini, paru-paru bayi anda mungkin telah cukup matang untuk bernafas di luar rahim tanpa sebarang bantuan. Bayi anda kini berukuran kira-kira 47.4cm panjang dan 2.6kg berat.
Bayi anda mungkin sudah bersedia berada pada posisi kepala dibawah untuk proses kelahiran nanti, manakala sesetengah bayi berada dalam kedudukan melintang dan songsang.
Salutan berlilin atau vernix caseosa biasanya semakin berkurangan pada kulit bayi sekarang, dan sesetengah bayi biasanya masih mempunyai baki darinya semasa lahir.
Simptom
Semasa badan anda sedang bersedia untuk bersalin, anda mungkin perasan terdapat banyak keputihan.
Semakin kebawah atau menurun posisi bayi anda, anda mungkin mendapati anda mengalami kesukaran bernafas.
Anda juga mungkin sudah mula mengalami bengkak di kaki dan buku lali semasa kehamilan dan ia menjadi lebih ketara pada minggu-minggu terakhir kehamilan.
Tips Buat Anda
Kekal aktif akan membuatkan badan anda lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak.
Pastikan anda makan makanan yang seimbang. Elakkan makan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi.