Skip to content

week 9 / minggu 9

Week 9 

At this time, the length of the fetus is about 1 inch or almost 3cm. Arms and legs have grown longer and fingers and toes are beginning to form. 

The gender of the fetus also becomes clearer where the testicles or ovaries have started to form (but you probably won’t know if it’s a boy or a girl until 16-18 weeks of pregnancy). The face of the fetus is also becoming clearer where the eyes, ears and nose become clearer. Although the fetus has started to move, but this movement is still too small for the mother to feel. 

Symptoms 

Until now, the level of the pregnancy hormone hCG has doubled in your body every 2 or 3 days. The hormones Estrogen and Progesterone also increase to increase the blood supply to the uterus. The average pregnant woman describes this period as ‘very challenging’ because of unstable and easily distracted emotions. 

Tips for you 

It is important to note that at this stage of pregnancy, the fetus is still vulnerable and needs proper nutrition and care to continue to develop well. Practice a healthy lifestyle and schedule prenatal care for a healthy pregnancy.

Drinking milk can provide a good source of calcium and protein for pregnant women. During pregnancy, calcium is important in building strong bones for growing fetus. Don’t forget to continue taking vitamins and folic acid.

Minggu 9

Ketika ini, panjang janin adalah kira-kira 1 inci atau hampir 3cm. Lengan dan kaki telah membesar lebih panjang dan jari tangan dan kaki mula terbentuk.

Jantina janin juga semakin jelas dimana testis atau ovari sudah mula terbentuk (tetapi anda mungkin tidak akan mengetahui sama ada ia lelaki atau perempuan sehinggalah usia kandungan 16-18 minggu). Bahagian muka janin juga semakin jelas dimana mata, telinga dan hidung menjadi lebih jelas. Walaupun janin telah mula bergerak, tetapi pergerakan ini masih terlalu kecil untuk dirasai oleh ibu.

Simptom

Sehingga sekarang, paras hormon kehamilan iaitu hCG telah meningkat dua kali ganda dalam badan anda setiap 2 atau 3 hari. Hormon Estrogen dan Progesterone juga turut meningkat berfungsi untuk meningkatkan bekalan darah ke rahim. Rata-rata wanita hamil menggambarkan tempoh ini seperti ‘sangat mencabar’ kerana emosi yang tidak stabil dan mudah terganggu. 

Tips Buat Anda

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pada peringkat kehamilan ini, janin masih mudah terdedah dan memerlukan pemakanan dan penjagaan yang betul untuk terus berkembang dengan baik. Amalkan gaya hidup yang sihat dan penjagaan pranatal yang mengikut jadual untuk kehamilan yang sihat.

Minum susu dapat memberi sumber kalsium dan protein yang baik buat Ibu hamil. Semasa hamil, kalsium adalah penting dalam membina tulang yang kuat pada bayi yang sedang membesar didalam janin. Jangan lupa untuk terus mengambil vitamin dan folic acid.

Translate »